Sunday 7 September 2014

Soalan Lazim 28/11/2015


Apakah Ukhwah Cash-i?
Ukhwah Cash-i ialah kemudahan pembiayaan peribadi yang menawarkan tunai sekaligus kepada pelanggan. Ianya ditawarkan kepada kakitangan kerajaan melalui koperasi dengan bayaran bulanan di potong melalui Biro Perkhidmatan Angkasa. Pemohon boleh menggunakan Ukhwah Cash-i untuk kegunaan persendirian, pendidikan, baiki rumah, penyusunan semula liabiliti dan lain-lain. (Tentera/Peniaga/Swasta tidak boleh mohon)

Berapa interest pinjaman Koperasi Ukhwah?​
4.99% setahun. Kadar tetap (flat rate). Bayaran yang sama dari mula potongan sehingga habis tempoh bayaran. 

Berapa lama tempoh kelulusan sehingga saya dapat duit?
2-4 minggu. Oleh kerana Koperasi Ukhwah menawarkan pakej yang paling murah kadar interest dalam pasaran, maka permohonan sangat banyak serata Malaysia. Jadi, ianya mengambil masa 1-2 minggu untuk lulus (dengan syarat dokumen mesti lengkap). Selepas lulus, permohonan akan dihantar ke Maybank untuk disbursement. Jadi keseluruhannya mengambil masa 2-4 minggu untuk dapat duit. Paling cepat setakat ni 13 hari proses dapat duit. (Bergantung pada keadaan semasa)

Bolehkah saya nak buat penyelesaian awal? Jika boleh, bagaimana caranya?
Boleh. Interest akan dikira berdasarkan berapa tahun yang anda pinjam sahaja. Penyelesaian awal akan dapat rebate. Boleh hubungi talian 03-26929222 untuk penyata penyelesaian awal.

Perlu sign majikan? Bagaimana jika majikan saya tak nak sign?
Ya, perlu. Jika majikan tak nak sign, anda tidak boleh memohon pinjaman ini.

Guru Besar saya tiada di pejabat. Bolehkah Penolong Kanan saya sign?
Boleh. Dengan syarat Guru Besar telah mentauliahkan Penolong Kanan untuk sign.

Saya bukan Melayu, tetapi beragama Islam (mualaf/convert). Boleh apply tak?
Maaf, tak boleh. Mesti Melayu dan beragama Islam. Itu pra-syarat Koperasi Ukhwah.

Saya Guru KEMAS. Kontrak bersambung. Boleh apply tak?
Maaf, tak boleh. Hanya berstatus TETAP sahaja.

Saya anggota Tentera. Boleh apply tak?
Maaf, Tentera tidak layak. Ini adalah kerana pihak Unit Gaji Tentera (UGAT) tidak membenarkan anggota Tentera memohon pinjaman dari mana-mana tempat lain selain Koperasi Tentera sahaja.

Sebelum ini saya di blacklist. Saya adalah ahli AKPK, jadi AKPK tolong bayarkan pinjaman saya yang tertunggak selama ini. Boleh tak saya apply Pinjaman Ukhwah ini?
Maaf, jika anda ahli AKPK, anda tidak layak untuk memohon pinjaman ini. Jika anda sudah keluar dari AKPK dan dapat membuktikan dengan surat rasmi dari AKPK, baru boleh mohon Pinjaman Ukhwah.

Saya ada masalah CCRIS disebabkan tunggakan PTPTN. Boleh tak saya memohon?
Boleh. Sila kepilkan sekali Laporan CCRIS Bank Negara semasa mohon pinjaman ini.

Kenapa saya perlu untuk mencarum di dalam perlindungan Takaful?
Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal semasa tempoh pembiayaan, pihak Takaful akan melindungi pemohon dengan membayar semua baki pembiayaan. Ini akan mengurangkan beban bayaran pembiayaan kepada waris.
Berapakah potongan dan fee yang dikenakan?
Berikut adalah potongan dan fee yang ditolak:
Yuran proses : (RM100)
Pendaftaran Ahli Koperasi : (RM10)
Saham Koperasi (Pulang Semula/ Sekali potongan) : (RM100)
6 bulan yuran ahli (pulang semula) : (RM180)
Khairat Kematian : (RM100)
Duti setem : (0.5% dari jumlah pinjaman)
Takaful : (8% dari jumlah pinjaman)
Sinking Fund : (2% dari jumlah pinjaman)
Yuran bulanan ahli : (RM30) (RM20 pulang semula) 



1 comment:

  1. I exactly got what you mean, thanks for posting. And, I am too much happy to find this website on the world of Google. pinjaman koperasi 2019

    ReplyDelete